Thursday 29 November 2012

Wanita hiasan Dunia...SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah. Firman Allah SWT bermaksud : "Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......" -Al-Ahzab : 33 Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki. Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut : Menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya," -An-Nur : 31 Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : "Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya." Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut : Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan. Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud : "Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka." Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; "sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu" Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : "janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)......"-Al-Ahza:32 Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : "dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" -an-Nur:31. Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : "seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina." Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.

Monday 26 November 2012

Motivasi....

Akhlaq kita pada hari ini adalah proses tarbiyyah yang akan kita berikan kepada anak-anak kita. Jadi, untuk berhajatkan sesuatu kenikmatan memperoleh anak-anak soleh solehah, 'keperitan' bermujahadah menjadi insan yang soleh solehah itu perlu ditekankan. Orang selalu pandang remeh soal ini, hakikatnya perbuatan kita hari ini natijahnya pada hari kemudian. MENCARI yang soleh sebenarnya lebih susah dari MENJADI yang solehah. Apabila MENCARI, kita tercari-cari tetapi apabila MENJADI kita tahu apa yang perlu kita jadi... wahai diri..Solehahlah pada kalam dan perbuatan. Ya Allah..bantulah aku bermujahadah,wahai Pendampingku.. Pimpinlah aku menuju Jannah bersamamu.." Tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, Cukup sekadar engkau menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, Tetapi ada di sepanjang jalan, Genggamlah AlQur’an, Ingat mati dan berjuanglah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah.. : An-Nida' :: يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga, يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan, يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu. Sahabatku para penghafal al-Quran Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah. Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut… Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia. Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran. Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan. Para Sahabat yang ku kasihi.. Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia… Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran. Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita.. Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah. Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah. Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah. Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini dan kadangkala susah menghafal quran, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran. Uhibbuka Fillah Barakallahu fikum… اللهم اجعلنا من أهل القرءان الذين هم أهلك وخاصة Munajat Huffaz

Tuesday 20 November 2012

KU MENCARI JALAN KEBENARAN...SEBAGAI SEORANG WANITA

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "HARTA YANG PALING BERHARGA DI DUNIA ADALAH WAITA YANG SOLEHAH." Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan. Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud, "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun. Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur. Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya. Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat. Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya. Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain. Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT. "Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33) Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi. Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka. Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya. Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum. Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu. Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina. Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan. Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita." Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya? Maka, labuhkanlah tudungmu. Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?" Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya. Saudariku, Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan. Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya. Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan. Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas. Saudariku, Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa. Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja. Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya. Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya. Saudariku, Saidatina Aisyah RA pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang" Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Monday 19 November 2012

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Dari An-Nawwas bin Samaan r.a dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Kebaikan adalah akhlak yang baik sedangkan dosa adalah apa yang terlintas di jiwamu tetapi kamu benci atau takut diketahui oleh orang lain” (Hadits Riwayat Imam Muslim ; hadis no. 2553, Imam Ahmad ; 4/182, At-Turmuzi ; hadis no. 2389, Ad-Darimi ; 2/322, Imam Bukhari dalam kitabnya “Al-Adab Al-Mufrad” ; hal. 295, 302 . Hadis ini ditashhih oleh Ibnu Hibban; Sahih Ibn Hibban, hal. 397.) Berdasarkan hadis sahih di atas Nabi SAW menjelaskan bahawa segala kebaikan adalah akhlak yang baik begitu juga sesuatu yang berdosa itu adalah sesuatu yang terlintas dijiwa dan di takuti orang lain mengetahuinya. Ajaran Islam melalui al-Quran dan as-sunnah banyak menjelaskan tentang kedudukan akhlak. Nabi SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang baik. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Tidak lah aku (Nabi SAW) diutus melainkan (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang baik " (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad (2/381), Al-Bukhari dalam Al-Tarikh Al-Kabir (7/188) Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswah hasanah (suri tauladan yang baik) bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah Al-Ahzab ayat 21) Nabi SAW menjanjikan bahwa akhlak yang baik akan menjadi beratnya timbangan amal di akhirat nanti , sabda baginda yang bermaksud : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya (kelak diakhirat) dari pada akhlak yang mulia.” Amal ibadah yang terdapat dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah di antaranya yang dimaksudkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Solat samaada yang fardu atau sunat adalah bermaksud untuk mentarbiyah dan mendidik manusia agar berhenti dari segala perbuatan keji dan mungkar . Firman Allah SWT bermaksud : "Sesunggugnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar."(Surah al-‘Ankabut ayat 45). Ibadah puasa dimaksudkan, di antaranya untuk mencapai tingkatan takwa. Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 183). Berkaitan dengan ibadah puasa ini, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Siapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan palsu (bohong), maka tidak ada keperluan bagi Allah SWT terhadap puasa seseorang yang hanya sekadar meninggalkan makan dan minum.” (Hadis Riwayat Bukhari) Zakat, di antara rahasianya adalah untuk menyucikan dan membersihkan jiwa dari berbagai sifat buruk dan tercela. Firman Allah SWT maksudnya : "Ambillah zakat dari harta mereka guna membersihkan dan mensucikan mereka." (Surah at-Taubah ayat 103). Sedangkan ibadah haji difardhukan oleh Allah kepada mereka yang mampu dengan banyak maksud dan aturan, contohnya agar orang yang beribadah haji terlatih untuk tidak berkata kotor, tidak berbuat fasik dan tidak banyak berkata-kata sia-sia. Firman Allah SWT maksudnya : "(Musim) haji itu (pada) bulan-bulan yang telah dimaklumi : 'Barangsiapa mengerjakan (ibadah) haji dalam (bulan-bulan) itu maka janganlah dia berkata jorok (cabul), berbuat maksiat dan bertengkar dalam (melakukan ibadah) haji. Segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya'. " (Surah al-Baqarah ayat 197). Segala kebaikan yang kita lakukan dengan bersedekah kepada membantu fakir- miskin , anak yatim, ibu tunggal dan melapangkan kesusahan orang mukmin dari kesusahan dunia , melaksanakan kerja-kerja kebajikan, membersihkan masjid, surau, membuang halangan dijalan raya dan membantu mangsa kemalangan, bencana alam dan musibah adalah merupakan akhlak yang baik. Manankala dosa pula adalah apa yang terlintas di jiwa kita tetapi kita benci atau takut diketahui oleh orang lain. Jiwa manusia adalah bekas (tempat) menerima sesuatau samaada fujur (kejahatan ) atau takwa (kebaikan) Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Hati (jiwa) adalah konduktor yang menggerakkan tubuh untuk melakukan perbuatan-perbuatannya, jika hati tersebut adalah hati bersih (baik) maka seluruh tubuhnya akan tergerak untuk mengerjakan hal-hal yang baik, adapun jika hatinya adalah kotor (buruk) dan kita benci orang lain tahu apa yang ada pada hati kita itu sebenarnya perkara dosa yang dibenci oleh Allah SWT. Maka tentunya juga akan membawa tubuh melakukan hal-hal yang buruk. Hati adalah perkara utama untuk memperbaiki akhlak manusia. Jika seseorang ingin memperbaiki dirinya maka hendaklah ia memperbaiki dahulu hatinya Kotoran apalagi najis itu tidak semestinya terdapat pada pakaian dan tubuh badan secara zahir. Terlebih yang utama kita harus menjaga hati agar selalu bersih dari kotoran apalagi najis. Selagi hati masih tercemar dengan sifat-sifat yang keji maka cahaya ilmu yang bermanfaat kepada agama menjadi tidak dapat menerangi hati itu. Ketika hati bersih maka Nur (cahaya) Illahi akan meneranginya. Oleh kerananya perlu membersihkan dan menjaga hati daripada sifat-sifat yang keji dan tercela dan sebaliknya menghias diri dengan akhlak yang terpuji. Orang mukmin akan menjaga hatinya supaya jangan terlintas sesuatu yang boleh mendatangkan dosa seperti hasad dengki, iri hati, ujub, sombong dan takbur. Penyakit-penyakit hati yang lain adalah seperti sifat tamak haluba kepada harta dunia, cinta dunia, suka marah dan berprasangka buruk kepada orang lain. Sahabat yang dimuliakan, Marilah sama-sama kita pertingkatkan amal soleh kita dan memperbaiki akhlak yang baik yang akan menghiasi perbuatan dan percakapan kita. Tidak keluar sesuatu daripada mulut kita melainkan yang baik dan bermanfaat untuk orang lain dan tidak ada perbuatan dan amalan kita melainkan amal soleh, amal kebaikan dan amal yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Begitu juga tidak terlintas di dalam hati dan jiwa kita melainkan sesuatu yang baik, ikhlas dan jujur. Segala bentuk prasangka buruk, was-was dan su'u zan akan kita buangkan sejauh-jauhnya dari hati dan jiwa kita. Allah SWT berfirman maksudnya: " Sesungguhnya beruntunglah yang mensucikan jiwa itu. Dan merugilah orang yang mengotorinya " (Surah asy Syams ayat 9-10).

BERSIH IMAN,BERSIH HATI,WAJAH HARMONI..CEWAAAHHHH

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Alhamdulillah memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah pula memenuhi ruang antara langit dan bumi. Solat itu adalah nur. Sedekah adalah petunjuk. Sabar adalah dhiyaa’( cahaya yang panas membakar) dan al-Quran itu merupakan hujah atas amal kebaikan dan hujah atas amal kejahatan. (Hadith riwayat Muslim) Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ini membicarakan tentang kebersihan Baginda s.a.w memulakan hadis dengan kebersihan untuk menunjukkan bahawa menjaga kebersihan itu sangat penting. Kerana itulah bersih dari sebarang najis dan bersih dari hadas kecil dan besar menjadi syarat kepada sahnya solat. Untuk itu ia mestilah berwuduk ataupun mandi wajib. Baginda s.a.w juga mengaitkan kebersihan dengan keimanan seseorang di mana baginda s.a.w menyatakan kebersihan adalah sebahagian dari iman. Ia bermaksud iman menuntut kita untuk menjaga kebersihan. Kebersihan yang dimaksudkan bukan setakat kebersihan tubuh badan, tempat tinggal dan sebagainya malah hadis ini juga menuntut kita supaya menjaga kebersihan batin. Hadis di atas seterusnya menyebut beberapa amalan kebajikan serta kelebihan-kelebihannya. Hakikatnya, kiranya amalan-amalan tersebut sentiasa diamalkan, akan menjadikan kita seorang yang sentiasa bersih hati dan batinnya. Apakah amalan-amalan tersebut? 1) Ucapan Alhamdulilllah dan Subhanallah Baginda Rasul memulakan dengan amalan yang sangat mudah untuk diucap namun ganjarannya adalah sangat besar dan luas. Jika mengucapkan Alhamdulillah pahalanya akan memberati timbangan. Apabila digandingkan dengan ucapan Subhanallah pahalanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Sangat mudah bukan? Mengapakah ganjarannya tersangat luas? Kalimah Alhamdulillah itu hakikatnya adalah tanda terima kasih kita di atas nikmat yang diberi. Apabila kita mengucapkan Alhamdulillah, ia bermaksud kita memperakui bahawa nikmat-nikmat yang diperolehi, kebaikan dan kesenangan yang dinikmati, kesemuanya adalah dari kurniaan Ilahi. Maka kita telah mengatakan hanya Allah yang berhak menerima syukur itu. Kalimah Subhanallah pula menunjukkan bahawa Allah Maha Suci dan terpelihara dari sebarang kekurangan. Bermakna sesiapa yang menyebut kedua-dua kalimah tersebut dengan sepenuh hati, Insya Allah hatinya bersih dari mengingati yang lain selain Allah. 2) Bersembahyang kerana sembahyang adalah nur. Solat itu menjadi nur petunjuk kerana ia menahan dari perlakuan maksiat dan menegah dari perbuatan yang keji seterusnya membawa kepada jalan yang benar. Bayangkan seseorang yang berada di sebuah tempat yang gelap gelita dan di tangannya ada sebuah pelita. Pelita itulah yang memeliharanya dari terjatuh ke dalam longkang atau tersalah jalan dan akhirnya membawanya ke destinasi yang dituju. Itulah perumpamaan solat di dalam kehidupan. Di dalam sebuah firmanNya Allah telah mengatakan bahawa solat ada peranannya iaitu : Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (al-Ankabut:45) Kerana itu Allah mengajar kita apabila kita resah gelisah dan rasa kepayahan, mintalah bantuan dengan Allah dengan cara mengerjakan solat dan juga bersabar. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. 3) Bersedekah kerana sedekah itu adalah bukti keimanan Sedekah adalah bukti kepada kesempurnaan iman si pemberi kerana orang yang lemah imannya tidak akan menghulurkan sedekah. Apabila si pemberi sedekah ditanya pada hari akhirat tentang bagaimanakah ia membelanjakan hartanya maka ia akan menjawab dengan bersedekah. Maka tatkala itu sedekah akan datang menjadi bukti di atas kebenaran jawapannya. Sedekah adalah salah satu bentuk penyucian jiwa kerana ia menjauhkan dari sifat kikir dan kedekut. Baginda s.a.w mengatakan sedekah yang paling besar pahalanya ialah kita bersedekah pada saat kita sihat, kikir, takutkan miskin dan berangan-angan untuk menjadi hartawan. Kita juga tidak seharusnya risau perbelanjaan kita tak mencukupi akibat bersedekah kerana baginda s.a.w ada bersabda: Sedekah tidak akan mengurangi harta 4) Bersabar kerana sabar itu adalah sinar cahaya yang terang. (dhiyaa’) Dhiyaa’ adalah cahaya yang mengeluarkan bahang kepanasan dan boleh membakar. Ia ibarat cahaya matahari dan tidak seperti cahaya bulan yang hanya mempunyai cahaya tetapi tidak membakar. Seseorang yang bersabar hakikatnya dia membakar dirinya serta bermujahadah samada mujahdah untuk melakukan kebaikan ataupun menjauhi perkara mungkar. Sabar secara umumnya terbahagi kepada tiga bentuk. Sabar dengan kepayahan hidup serta musibahnya, sabar dalam mentaati Allah dan yang ketiga ialah sabar menjauhi dosa dan maksiat. Dengan adanya sifat sabar, seseorang mampu mendepani kepayahan dan kesukaran dengan penuh tenang dan redha. Dia tidak akan mencela sesiapa kerana dia tahu itu adalah ujian Allah buatnya malah terus berdoa dan berdoa agar Allah mengurniakan yang terbaik buatnya. Dengan sifat sabar juga ia akan berterusan melakukan amalan yang baik pada saat orang lain meninggalkannya. Dia akan tetap menegakkan kebenaran walau orang sekeliling menganggapnya satu keganjilan. Dengan sifat sabar juga dia mampu mengawal serta menahan dirinya dari melakukan dosa dan maksiat. Dia sabar dalam mendidik dirinya dari melakukan kemaksiatan yang dihiasi oleh syaitan dengan pelbagai keindahan dan kenikmatan. Itulah hakikat sabar. 5) Membaca al-Quran Sememangnya dengan mengingati Allah akan menenangkan hati-hati kita. Membaca al-Quran adalah salah satu cara kita mengingati Allah. Selain kita mendapat pahala dengan membacanya, kita akan merasa tenang kerana walaupun tidak memahami maksudnya kerana al-Quran itu mukjizat besar dari Allah. Kita bukan setakat dituntut untuk membacanya bahkan mempelajarinya, mengkajinya dan mengamalkannya. Pada hari akhirat kelak al-Quran akan menjadi saksi atas kebaikan kita kiranya kita mentaati suruhan al-Quran dan menjauhi larangannya. Sebaliknya ia akan menjadi bukti juga ke atas kita kiranya kita melakukan perkara yang bercanggahan dengan ajaran al-Quran. Ibnu Mas’ud ada mengatakan bahawa al-Quran akan datang pada hari Kiamat dan memberi syafaat kepada pembacanya. Al-Quran akan membawa pembacanya ke syurga dan ia akan menjadi saksi hingga menyelamatkannya dari api neraka. Demikianlah pesanan baginda Rasul s.a.w. Kehidupan seharian baginda juga menzahirkan bahawa baginda s.a.w sangat mementingkan kebersihan. Baginda ingin menyatakan bahawa kebersihan adalah lambang kehidupan seorang muslim baik kebersihan jasmani mahupun rohani. Tubuh badan yang bersih bertindak sebagai kunci kesihatan diri manakala hati yang bersih pula adalah kunci kesejahteraan rohani. Apabila pergerakan hati telah sejahtera maka sejateralah pergerakan anggota badan. Apabila hati telah sejahtera maka tidak akan bergerak anggota ini melainkan apa yang dikehendaki Allah. Oleh itu ia akan bersegera kepada keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkaiNya. Ia juga akan menjauhi perkara yang ditakuti akan menjatuhkannya ke dalam perkara yang dimurkai Allah. Kerana apa? Kerana hati adalah raja pada anggota badan. Jika hati kita sihat akan sihatlah tubuh badan dan apabila hati rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Nota: HADIS SAHIH Hadis sahih ialah hadis yang memenuhi 5 syarat iaitu: 1- Setiap perawi menerima hadis secara langsung dari perawi sebelumnya 2- Setiap perawinya adil iaitu yang beragama Islam, baligh, berakal, tidak melakukan dosa besar dan menjaga maruah. 3- Setiap perawi mempunyai daya ingatan yang sempurna 4- Hadis yang diriwayatkan tidak bertentangan dengan riwayat perawi yang lebih thiqah darinya. 5- Hadis tersebut tidak mempunyai kecacatan yang tersembunyi Oleh, Ustazah Suriani binti Sudi Ahli Majlis Pembangunan Belia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Sumber: Majalah Iman Bil No.3

AYAT KURSI 7 PENJURU...

ASSALAMUALAIKUM... Baca ayat Kursi dan hembus sebelah kanan, baca lagi ayat Kursi dan hembus sebelah kiri, dan seterusnya baca lagi hembus di depan, di belakang, di bawah dan di atas. Terakhir jangan lupa hembus pada tapak tangan dan sedut supaya bacaan ayat Kursi meresap ke seluruh badan kita. Oh..dah cukup 7 ke? 7 kali baca ayat Kursi, 7 kali hembus. Lakukan secara istiqamah. Semoga perasaan hasad dengki, cemburu buta, amarah dapat dihindarkan.
Ayat kursi banyak nikmatnya..selalulah kita baca walau dimana pon ok...jgn bca kt tempat tak sepatutnya la...faham kan sbgai org islam..... tegur-menegur n ingat-mengingati...

Sunday 18 November 2012

REDHA ALLAH..

Bagaimana mendapat rahmat dan redha Allah? Adakah cukup sekadar kita mengaku dengan Qalbi (hati/jiwa) lalu kita benarkan pengakuan itu dengan Qauli (sebutan) dan akhirnya kita zahirkan dengan Fe’li (perbuatan)? Jangan terlupa bahawa rahmat dan redha Allah mampu dimiliki ke tahap infiniti apabila jiwa dan hati kita merasakan bahawa diri kita ini tidaklah sehebat mana. Diri kita ini banyak lagi kelemahan yang perlu ditingkatkan. Diri kita tidak mampu melakukan apa saja tanpa bantuan Allah. Henti saja pernafasan selama 4-8 minit pun sudah mampu membuatkan kita tidak bernyawa selama-lamanya. Allah pemilik diri kita. Jika kita ini pemilik diri kita sendiri, cubalah menahan diri daripada kematian. Jangankan kematian, menahan diri daripada tidak makan beberapa hari pun pasti kita tidak mampu. Maka, apabila kita menTauhidkan Allah iaitu TIADA tuhan selain daripada Allah (Tauhid = 1) dan kemudian kita sedar dan rasa bahawa diri ini tidaklah sehebat mana, tiada bangga diri, ego, sombong dan seumpamanya, (Hamba = 0) maka inshaAllah barulah kita akan memiliki redha dan rahmat Allah.

Wednesday 14 November 2012

ILMU OIII SAPA TAK MAU TAU...

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia? Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik. Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'? Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing. Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula. Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik. Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat. Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya. Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh. Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza. Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik! Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh. Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka. Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm) Perlukah jadi cantik? Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik. Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana. Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar. Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam. Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik. Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu. Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik. Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik. Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK. Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik. Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia. Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik. Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta. Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita. Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya. Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan. Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam. Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia. Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya. Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah. - Artikel iluvislam.com

AKU COPY..SBAB INI UNTUK PENGETAHUAN AKU & SESIAPA YG NK MNAMBAHKAN ILMU...

Realiti Cantik yang tak berapa cantik Salam pembaca semua. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang dikasihi semuanya. Yang dikasihi dan disayangi kerana Allah. Teringat kata-kata Syaikh Ourazi, jika kita mahukan kebaikan dan Jannah, maka sayangilah rakan kita kerana Allah. Sayangilah saudara seMuslim kita kerana Allah dan tidak cukup dengan itu, kita perlu ‘beritahu’ atau maklumkan kepada mereka bahawa kita menyayangi mereka kerana Allah. Sangat menyentuh hati apabila tiba-tiba menerima kiriman SMS yang berbunyi “Dina atau Dear sister, I LOVE YOU LILLAH” MasyaAllah. I Love you sudah cukup power, sudah cukup membuatkan kita tersenyum dan rasa dihargai, tetapi I LOVE YOU LILLAH. “Saya sayang kamu kerana Allah”, memberi satu dimensi yang sungguh berbeza sekali. Ini bererti kita menyayangi rakan atau sahabat kita bukan kerana rupa, pangkat, harta atau kelebihan lain tetapi semata-mata kerana Allah. Tiada agenda tersembunyi yang lain. MasyaAllah hebatnya, ikhlasnya, indahnya! Jadi untuk permulaan, sebelum kita membicarakan yang cantik-cantik, mari berhenti seketika dan kirimkan SMS atau berhenti dari membaca, hubungilah rakan kita dan ucapkanlah “Sister, I Love you Lillah, for the sake of Allah” Lihatlah kesannya. Moga persahabatan kalian kekal selamanya, bersama susah dan senang dan moga bertemu di Jannah! Amin! (Ada pengecualian ya! Sisters tolong ucapkan pada sisters sahaja, brothers pada brothers sahaja). Baiklah, saya mahu fokuskan tulisan saya kali ini mengenai satu realiti kehidupan yang tidak berapa cantik! Setiap dari kita pernah atau masih menjadi mangsa. Saya lebih lagi, kerana menjadi mangsa dari remaja sehinggalah dewasa. Baru kini sedikit demi sedikit saya sedang menilai diri semula, berusaha menghakis apa yang ada di dalam minda saya yang sudah lama diracuni. Memohon ampun atas dosa saya membiarkan diri menjadi mangsa sekian lama. Saya akui saya telah melakukan dosa. Semoga Allah mengampuni saya! Jika melihat gambar saya yang lalu, ampunkanlah saya adik-adik semua, jangan ditiru! Itulah namanya mangsa keadaan, moga ada hikmah disebaliknya, moga ini dijadikan pengajaran buat saya dan anda semua. Mari kita berbicara bagaimana minda kita sudah dipengaruhi dan diracuni secara TIDAK sedar atau pun separa sedar, untuk sentiasa tidak bersyukur dengan mata, badan, hidung, kulit atau pun rupa kita! Kita selalu merasa diri KURANG SEMPURNA! MasyaAllah jika kita benar-benar bahawa Allah itu Al Musawwir, Al Bari sebaik-baik pencipta - maka tidak mungkin kita mengeluh. Mana tidaknya, tiap-tiap bulan, tiap-tiap hari kita disogok dengan gambar dan imej “kesempurnaan” yang dicedok dan berkiblatkan barat. Majalah VOGUE yang bermula dari tahun 1969 membawa fokus kepada tubuh badan wanita! Kita pun merasakan PERLU untuk ikut! Menurut (Kenrick & Guthrie) Wanita yang dikelilingi wanita-wanita cantik – di persekitaran mahupun majalah atau filem – akan merasa rendah diri dan merasa diri mereka kurang menarik. Ya, ini termasuk lelaki kerana mereka merasakan itulah dia ‘cantik’, dan mengharapkan wanita mereka ‘cantik’ seperti yang ada dalam majalah dan TV. Tanpa sedar, kita terus membeli majalah begini, membiarkan diri merasa kurang cantik dan kurang sempurna! Saya sudah berhenti! Berhenti membeli majalah ini. Kerana saya yakin Allah menyempurnakan kejadian saya dengan sebaiknya! Beli majalah SOLUSI dan Gen-Q MasyaAllah membuatkan saya mahu lebih cantik dari dalam Alhamdulllah! Ya, apa yang kita baca dan apa yang kita lihat amatlah mempengaruhi kita. Krim muka untuk memutihkan kulit, pusat pelangsingan badan yang meracuni minda (saya juga menjadi mangsa seketika dulu) dan alat solek yang beratus jenama dan fungsi sebenarnya merupakan satu empayar bisnes bernilai jutaan ringgit. Empayar ini terus ‘hidup’ dengan membuatkan wanita merasa TIDAK cantik supaya “kami “ (golongan hawa) membeli produk mereka. (Jangan dicerita bahan yang dimasukan kedalamnya, tidak pernah kita ambil peduli segala racun dan bahan tidak selamat lagi tidak halal) Dengan terus menyogok di dalam minda bahawa kita ‘kurang sempurna’ maka kita TERPAKSA membeli produk mereka. Strategi ‘marketing’ mereka menunjukan bagaimana mudahnya kita, orang Islam Melayu ditipu. Sangat mudah dipengaruhi. Tidak berhenti bertanya kepada diri seketika. Perlukah? Selamatkah? Benarkah apa yang mereka dakwa ini? Kajian menunjukan bahawa ketika zaman kegawatan ekonomi, peningkatan jualan kosmetik semakin meningkat. Ya hakikatnya kita merasakan kita perlu segala ‘tambahan kosmetik palsu’ ini untuk merasa yakin! Sedih bukan? Tahukah anda di Malaysia untuk jadi jutawan segera adalah dengan memulakan bisnes kosmetik. Cuma tukar jenama, ambil dari kilang yang sama, janji dengan bermacam janji dan lakukanlah sedikit promosi. Jutawan sekelip mata! Allah, mari kita duduk sebentar untuk berfikir adik-adik. Bagaimana kita menilai cantik? Tak cantikkah seorang wanita yang tiada baju berjenama dan solekan diwajah namun kaya dengan ilmu, santun, adab dan akhlak? Akhir kata, cukuplah kita berkiblatkan barat untuk menilai 'cantik' cukuplah menggunakan J.Lo dan Angelina Jolie sebagai 'rujukan' kita. Cukuplah kita tiru mata, solekan, pakaian, rambut mereka. Yakinlah dengan mengatakan Allah menciptakan saya sebagai insan cukup sempurna. Rujuk Quran surah Tin "Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian". Tak usah rasa rendah diri kalau kita tidak seperti apa yang majalah atau barat 'kata' sebagai cantik. Yakinlah dalam diri yang lebih penting ialah apabila kita cantik dengan adab, akhlak, islam, iman dan ihsan. Sesungguhnya saya juga sedang membina keyakinan ini dalam diri saya dan anak-anak. Cantik BUKAN fizikal semata. Hiduplah dengan nama Allah Al-Jamil. Namun cantik dalam erti yang sebenar. Cantik dalam sabar dan memberi maaf itulah akhlak yang cantik. Cantik kerana mengucapkan yang benar, kerana hati penuh keikhlasan mencari kebenaran, cantik kerana ketaatan kita kepada Allah. Sebelum berakhir kita renung satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Masood. Rasulullah SAW pernah bersabda “Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Maka ada hamba Allah yang bertanya: Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik? Rasulullah SAW menjawab “Allah itu Maha Cantik dan Allah mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain” (Bukhari) Bukan tak boleh cantik, cuma mari nilaikan semula definasi cantik kita selama ini. Definasi siapa yang kita pegang? Jika bertemu dengan orang lain, elakkan dari menuji kecantikan mereka dahulu. Menilai orang dengan hanya kecantikannya adalah merendahkan martabatnya. Sebagai seorang wanita, saya mahu lebih dari cuma cantik! Diri saya berharga BUKAN kerana cantik saya, tetapi ilmu, adab dan akhlak saya InsyaAllah. Mari bina keyakinan dri situ. Saya yakin kita akan lebih dihormati dan disayangi InsyaAllah oleh Allah dan manusia. Wallahu’alam

KERJA HARIAN?BEST KA?HAHAHA...OF COZ LAA KN..WHY??

Assalamualaikum wbt.. Aku kerja sbgaiiii....hehehe..pekerjaan yg mmberi bnyak pahala..amiiinnn.. Of coz la SURIRUMAH..Suri dlam hidup suami n anak2 aku..wahhhh anak2 tuuu..pdahal bru sorang ja anak yg sgt bijak n selalu buat aku rindu setiap saat dgn dia... Kerja aku dri pagi lepas bangun tdo,cuci2 muka,kalu aku rajin of coz aku mndi awal la kn..hehe..tp yg pastinya time tu budak kecik ni yg kejut la...eyakk..eyakkk.. uwekk2...knonnya mcam sakit la..nk susu or berak..hihihi.pastu aku sperti biasa yg muka ngntok trus cpat2 angkat dia..yelaaa...ibu mna tk rsau bla anak nangis kn.... bl aaku angkat ja si cerdik ni,automatik sengihhh mnampakkan gusi yg blom da gigi lg.. hahaha..kna pkai gg palsu ni...hikhikhik..mmg cmtu la prangai dia setiap pgi..dia sja nk sruh ibu dia angkat...pastu aku pon mndikan dia..nyusukan bdak comel nii...klu da yg boley dmkan kt kitchen tu,aku trus buat br1st la utk hubby aku tu yg br1st slalu kul 11 pg..kiikiki..besa laa..dia la boss dia la pkerja..okla tuuu...klu tkda pa nk dmkan..aku tnggu utk lunch ja nti..tgok keadaan la..slalu jgak aku msak even tak terer pon.tp hubby aku ttap mkan..yelahhh dh bini ksayangan msak kn?hikhik... pastu jga anak,tdokan anak yg ssah nk tdo dh skarang ni..haaaa..mkin mmbesar,makin ssah lak nk tdo kan dia..kdang2 smpai kna tdo skali dgn dia..huhuh..bla dh tdo,aku pon tgok tv jap pastu klu baby msih tdo,aku tdo jgak la...hahah..kdang2 ptg dlm kul 4 bru hubby balik lunch..ikut dia la..tak tentu jgak kalu dia busy kn..ptg2 kdang en.somi bwak ronda2..tu yg aku pling ska tau x?kikki.. ALHAMDULILLAH..aku dberi peluang ikut suami ke luar negara n dlam negara..yelahh.. dlu aku mna mampu kn nk melencong..ehh melancong..stakat ngeri2 utara ni pon tnggu mak abah da duit lebih skit jaaa..hmmm..Syukur YA ALLAH...mmang tu yg aku impikan sjak dlu..kn ALLAH dh makbulkn doa aku...hmmm..anak nangis..nti smbung lg..hahahahahah....

Thursday 8 November 2012

AURAT..YANG SOPAN ITU CANTIK....

Assalamualaikum wbt.... Peringatan n kesedaran utk dri sendiri...nk berubah..ingin berubah..nawaitu tu penting...berkehendak..ingin lakukan..yakin pada diri sendiri..jgan ikut orang lain yg buat tak elok..ikut yg elok sahaja...Allah bg nikmat akal untuk kita berfikir..gunakan nikmat itu sebaik2nya... Keluhan remaja perempuan : “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan: “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Saturday 3 November 2012

ALHAMDULILLAH....AKU RASA CAM BERTUAH LAK..HIHIHI

Assalamualaikum wbt..... wahhhh...tajukkk..hmm..aku memamg rsa yg aku amat bertuah n brrsyukur sekarang nii..tahu knapa?msti la tk tahu kn... kita kena selalu rasa bersyukur n jangan bandingkan kehidupan kita dngan orang lebih dri kita..kita kena bandingkan dri kita dengan orang yg kurang dari kita...sekurang2nya kita ckup nikmat yg ALLAH TAALA bg...2psang mata,telinga,hidung,tangan,kaki n tbuh bdan yg sihat tau....ALHAMDULILLAH...syukur sgt2.... Kehidupan kita mgkin brbeza2..jd gunakan sgala nkmat yg ALLAH TAALA bg tu sebaik2nya...(ingatan utk dri sndri jgak..hihi) Aku ni mcm jgak pmpuan lain yg ska bndingkan dri aku dgn org lain..ya..aku tau mmg tak boleh cmtu kn..mcm aku bgtau kt atas tu laaa..biasalah kita manusia biasa kn..haaa..aku tau rmai jgak yg prngai cm aku ni...hmmm..especially gadis2,wanita2 cm aku ni..kn?kn?kn? haaa..aku ni ska tgok org lawa2.. kiut miut..mulalah nk tau pa yg dia pkai tu la..ni la kn...biasala tuu...selepas aku motivate dri aku sndri baru aku sdar yg aku jga ada pa yg org lain ada..alhamdulillah..seperti yg kita tau..ALLAH TAALA jadikan semua wanita cantik2 belaka...so,buat pa kita nk ubah sana sini kn..jga kesihatan diri n tubuh badan,tingkahlaku....ALLAH TAK PANDANG PADA RUPA,TAPI PADA HATI.....(kata untuk dri sendri selalu..) Hari2 kita tengok muka n tubuh kita depan cermin,so,berdoa lah yg baik2 untuk kita k...time amik wudhu pon sama...hmmm...setiap anggota yg kita cuci tu doa laaa...doa selalu tau...ALLAH suka hambaNYA mnta kt DIA...INSYAALLAH akan trmakbul...aku tau la sbb bnyak doa aku trmakbul..ALHAMDULILLAH...satu g aku nk pesan,kita ni kena yakin pa jua perkara baik yg kita buat...hehehehe..ALLAH tahu niat kita tau...